Feb 26

Zamzarina & Puyeng @ Kampung Gadong, Kota, Rembau

Ini Job kami pada bulan September 2017. Baru sempat nak update hari ini. Alhamdulillah majlis Zamzarina ni ada kenangan yang akan saya ingat sampai bila-bila. Kami sudah biasa membuat wedding photoshoot di Negeri Sembilan tetapi majlis Zamzarina ini unik kerana masyarakat di sini masih lagi mengamalkan adat-adat lama mereka. Kebanyakan customer kami sebelum ini agak sedikit moden dan adat setempat sudah bercampur dengan adat-adat dari luar. Umpamanya permainan kompang. Di Kampung Gadong ini mereka tak main kompang tetapi alat muzik mereka sendiri dengan gong dan sebagainya. Saya tak tahu nama alat-alat tersebut.

Kita sebagai photographer dah terbiasa bagi arahan pada pasangan pengantin ketika berarak. Rupanya arahan saya kali ini SALAH!. Lazimnya pengantin lelaki akan berarak datang dengan paluan kompang. Di sini pengantin perempuan diiringi alatan muzik akan pergi menjemput pengantin lelaki dan baru mereka berarak jalan bersama-sama. Oh ya… di sini takde tol-tol macam di johor.

Ketika bersanding, saya dapati keunikan yang lebih lagi. Biasa kalau di johor persembahan silat akan dipersembahkan. Berbeza di sini sambil diiringi muzik silat ting ting akan dipersembahkan. Tak tahu lah silat atau tarian yang sebenarnya. Sewaktu berarak juga waris pengantin lelaki dari Terengganu di minta untuk bawa batu yang diikat dengan kain. Saya tak tahu lah apa tujuannya. Sewaktu nikah pada malam sebelumnya juga batu ini ada di bawa. Saya tak mau komen lebih pasal benda tu.

Notice

Anda sedang mencari photographer untuk majlis anda? sila hubungi 0177149632 untuk maklumat lanjut

Feb 22

Azie & Eddi @ Palong 8, Negeri Sembilan

Assalamualaikum kepada semua pembaca dan yang melayari blog ini. Ini adalah job kami pada bulan Ogos 2017 yang lalu. Sudah lama tapi baru hari ni berkesempatan untuk update story dalam ni. Azie dan Eddi berkenalan di tempat kerja dan Eddi ni customer kami yang paling jauh lokasi pekerjaannya. Nak tau di mana? tu…kat liberia… kali pertama dengar ada orang Malaysia kerja di sana.

Majlis akad nikah telah berlangsung di Masjid Palong 8 dan majlis persandingan telah berlangsung di kediaman pengantin perempuan. Lokasi outdoor pula kami jalankan di sekitar kawasan sungai di Kampung Jeram Panjang. Walaupun lokasi ini kelihatan sudah tidak terjaga dari aspek kebersihan mungkin kerana ramai pengunjungnya tetapi lokasi ini masih kekal dengan jeram berbatu dan ditambah dengan pokok-pokok hutan yang masih terpelihara. Jom tengok beberapa shots kami di situ.

Kepada yang berminat mendapatkan perkhidmatan kami jangan segan-segan untuk hubungi kami dengan segera di 0177149632

Sep 25

Dayang Haslinda & Muhammad Hilmi @ Sungai Ramal Luar

Dayang Haslinda ni keluarganya dari sabah. Muhammad Hilmi pula orang Kampung Pondoi Tampin, Negeri Sembilan. Ini adalah pengalaman kali pertama saya shoot gambar dengan suasana majlis dimeriahkan dengan orang-orang Sabah. Dengan live bandnya dengan DJ sabahnya dan lain-lain. Ini juga pengalaman pertama saya shoot pengantin yang pelaminnya bertemakan kayu palet.

Majlis pernikahan telah dilangsungkan di Masjid Sungai Ramal Luar. Masjid ini sangat cantik dan bersih persekitarannya. Sesi outdoor pula kami lakukan di Putrajaya. Kali ini saya menggunakan cara yang berbeza dalam pemilihan lokasi penggambaran. Sudah banyak kali kami shoot outdoor di Taman Botani. Ia sudah sangat biasa dan sangat membosankan. Jadi kali ni saya mengambil keputusan untuk berjalan dan berhenti dimana lokasi yang menarik di pandangan mata saya. Maka dapatlah shoot di banyak lokasi.

Ok, Saya share sedikit hasil kerja saya bagi Dayang Haslinda dan Muhammad Hilmi

 

 

Untuk tempahan sila WhatsApp ke 0177149632

Sep 24

Pertunangan Mira @ Kampung Kuala Jempol, Negeri Sembilan

Assalamualaikum Wbt

Update ringkas. Tahun 2017 tiada update lagi. Mungkin beberapa yang terpilih saja akan dimuatkan dalam blog ni. Masa agak mencabar untuk kerja-kerja update blog. ok, berkaitan Mira beliau telah melangsungkan majlis pertunangan di Kampung Kuala Jempol atau mudah kata di Bahau.Majlis telah berlangsung dengan sederhana tetapi meriah dengan kehadiran ramai ahli keluarga.

Menarik job kali ini saya ke lokasi majlis menaiki Superbike Kawasaki Z800. Pilihan menaiki superbike adalah tepat kerana jalan senawang ke Kuala Pilah terkenal dengan sesaknya di hujung minggu. Mujur saya naik motor dapatlah tiba awal di lokasi. Cuma baliknya kena hujan. Ok saya kongsikan sedikit gambar sebagai laporan dalam blog ni. Watermark pun tak sempat nak letak 🙂

Aug 16

Faliq Razin @Segamat, Johor

Pasangan pengantin ni sudah dapat anak pun tapi cover story baru sempat dimasukkan. Anyway, congratulation to Faliq dan isteri atas kelahiran anak sulong mereka. Majlis menyambut menantu mereka telah berlangsung di kediaman ibu bapa Faliq di Segamat Baru, Segamat. Faliq telah memilih pakej mockup sticky album dan alhamdulillah respon yang diterima positif. Beliau gembira dengan hasil kerja kami dan menyatakan hasil kerja kami lebih baik dari pakej yang diambil ketika di Kuantan (Rumah pengantin perempuan)

Kami kongsikan sedikit hasil kerja kami untuk Faliq

Yang berminat mendapatkan khidmat fotografer boleh whatsApp ke 0177149632

Older posts «