«

»

Oct 24

Abang Atan & Syakila

Abang Atan ni jiran depan rumah saya dan hari ini merupakan hari bahagia beliau. Ini merupakan perkahwinan kedua bagi beliau. Kami doakan semoga mereka bahagia dan perkahwinan kedua ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Majlis pernikahan dan persandingan telah berlangsung di Kampung Duyong Melaka.

Kami bertolak dari Kuala Lumpur sekitar jam 7.30 pagi. Sepanjang perjalanan kami terpaksa mengharungi hujan lebat yang panjang dan berbahaya. Sepanjang perjalanan juga banyak kenderaan yang terbabas dan banyak kemalangan berlaku walaupun kenderaan agak kurang di jalan. Hanya apabila tiba di kawasan negeri Melaka hujan mulai reda dan berhenti. Sepanjang berada di Melaka kami menikmati pemandangan negeri yang telah dinobatkan sebagai negeri maju. Kalau kata negeri Melaka bersih kami memang setuju!.. kami sampai ngam-ngam saja majlis aqad nikah hendak dilangsungkan. Kalau tidak terlepaslah detik-detik bersejarah ini.

Majlis pernikahan telah dilakukan sekitar jam 10.30 pagi dan persandingan pada jam 1.30 petang.

Kalau perasan gambar pengapit perempuan takde di sini. Sebabnya pengapit perempuan tidak bertudung dan agak seksi untuk saya muatkan di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>