«

»

May 19

Album perkahwinan Alina Baharum & Ahmad Fairul

Hari ni saya nak update tentang album perkahwinan yang telah disiapkan untuk pasangan Alina & Fairul. Mereka ni sebenarnya cuma mengambil pakej shoot and burn sahaja. Tapi disebabkan saudara, saya pun menghadiahkan Alina sebuah album yang saya beli di Sedang. Album ni sememangnya telah lama berada di dalam simpanan dan tidak digunakan. Hasilnya memang terbaek!.

Disebabkan hampir kesemua gambar sememangnya cantik, secukup rasa dan lazat saya tidak perlu kepada proses post editing yang banyak. saya sememangnya agak malas dan tak cukup masa nak buat editing yang gempak-gempak. Bila gambar dah superb buat apa nak mencacatkannya dengan post editing yang pelik-pelik. Alhamdulillah gambar semua lawa-lawa.

Saya bukannya expert sangat sampai semua perfect. Nak tau rahsianya? Rahsia saya adalah saya perlu mengambil gambar dengan ikhlas dan saya sering berdoa agar Allah mudahkan kerja saya dan gambar-gambar yang diambil semua jadi lawa. Alhamdulillah menjadi!. Oh ye..semua gambar-gambar wedding saya shoot dengan mood manual ye…tak reti dah guna auto 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>