«

»

May 01

Alina Baharum@Batu Anam, Segamat

Alhamdulillah, selesai satu tugasan semalam. Saya telah ditugaskan menjadi OP bagi majlis perkahwinan Alina binti Baharum. Keluarga Alina ni sebenarnya adalah bersaudara dengan keluarga mentua saya. Walaupun hujan lebat dan saya agak basah, alhamdulillah majlis dan proses mengambil gambar berjalan dengan lancar. Alina memang sporting. Sang suami pula mengikut saja gelagat isterinya. Kedua-dua pasangan memang tak lokek senyuman dan memudahkan tugas sebagai OP 😀

Untuk blog post kali ini, gambar yang saya kongsikan adalah gambar unedited (original keluar dari kamera). Hanya watermark dan tulisan saja yang ditambah. Bagi kawan-kawan yang kenal Alina ni (Nurse di HUKM-Wad mata) mesti korang akan rasa ALina lain sangat-sangat…hehehe

Sebenarnya rumah pengantin dan ruang pelamin kecil saja. Tetapi hasil kreativiti Mak andam, ruang kecil tersebut kelihatan luas…lihat saja contoh gambar di atas…

Sesi outdoor telah pun dijalankan berhampiran rumah pengantin. Lokasi yang digunakan adalah sebuah rumah kayu lama yang ditinggalkan kemudian bertukar menjadi kandang kambing dan kini terbiar begitu saja. Agak menakutkan juga tempat ni..hehe..

banyak lagi shoot menarik. Tapi saya tak rajin nak upload sebab dah penat sangat ni..bye..bye…bubuh sekeping lagi sebagai penutup 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>