«

»

Jun 26

Amir & Haiza @ De Palma Hotel, Ampang

Selesai majlis di belah perempuan majlis di Kuala Kangsar majlis resepsi Norhamirullah pula mengambil tempat di Hotel De Palma, Ampang dan telah dilangsungkan pada 16 Mac 2013. Ini kali pertama kami shoot di Hotel ini. Majlis ini kelihatan ekslusif dan jemputan adalah sekitar 300 orang. Daripada pengamatan kami dan daripada pengalaman shoot di hotel sebelum ini, majlis di hotel biasanya dilangsungkn dalam suasana gelap, malap dan suram dan dihiasai dengan pancaran lampu spotlight.Keadaan ini amat tricky kerana kami terpaksa setting semula white ballance kamera. Majlis seperti ini memerlukan kami menggunakan lense beraperture besar. Dalam suasana suram kebanyakan gambar muka menjadi merah dan menyebabkan proses editing menjadi panjang. Jadi jika anda ingin melangsungkan perkahwinan anda di hotel dalam suasana suram pertimbangkanlah hal ini.

Dalam suasana suram ada beberapa perkara yang keadaan yang menyukarkan photographer. Tapi dari sudut yang lain memberikan kami pengalaman dan semakin mahir dalam kawalan fungsi kamera. Antaranya:

  1. Dalam suasana suram dan gelap kebarangkalian muka anda menjadi merah adalah sangat tinggi. Lebih-lebih lagi jika syiling tinggi dan kami tidak dapat memaksimakan penggunaan flash
  2. Anda perlu elakkan daripada memakai warna yang putih berkilat
  3. Elakkan daripada memancarkan lampu spotlight berwarna warni ke muka

Itu saja perkongsian daripada kami.. jom layan gambar Amir dan Haiza 🙂

custom album amir 1

custom album amir 5

custom album amir 4

custom album amir 3

custom album amir 2

 

Untuk booking sila hubungi Saifudin di 0177149632 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>