«

»

Jun 06

Asma’ & Mujib@Subang

29 Mei yang lepas saya telah pun dipertanggungjawabkan menjadi OP kepada pasangan Asma’ Ibrahim dan Abdul Mujib. Majlis telah berlangsung di Kampung Melayu Subang. Majlis pernikahan telah dijalankan pada jam 10.00 pagi di Masjid berhampiran. Dalam masa yang sama majlis tahlil telah dijalankan di rumah pengantin. Selepas itu Majlis makan-makan bermula. Sambil-sambil tu saya pun shoot gambar di dalam bilik pengantin.


Majlis perkahwinan ini sangatlah ringkas. Tiada perarakan dan persandingan. Jadi kerja saya pun mudah sedikit. Sekitar jam 3.00 petang majlis pun semakin reda. Kami mengambil keputusan untuk melakukan sesi outdoor. Kebetulan cuaca amatlah panas pada hari tersebut. Kami mencari lokasi berhampiran yang sesuai. Akhirnya jumpa juga satu padang bola. Kami pun shoot di situ. Memang meletihkan kerana panas terik. Apa pun tahniah dan terima kasih kepada pasangan pengantin yang begitu sporting ketika sesi bergambar. Sedikit gambar yang saya boleh kongsikan. Saya memang tak rajin nak upload banyak-banyak 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>