«

»

Apr 23

Custom album baby Nur Nasyrah

Update kali ini saya cuma nak share 4 helaian design storyboard album yang telah direka untuk puteri saya sendiri iaitu Nur Nasyrah yang kini berusia 2 bulan. Ha, jangan ingat custom album dan storyboard hanya untuk pengantin saja. Untuk sebarang tujuan pun boleh. Bagi anda yang berminat memiliki album storyboard bolehlah menempahnya daripada kami. Jangan segan-Segan untuk menghubungi kami.

Setakat ni design yang ada belum ditentukan lagi mana satu muka depan dan sebagainya. Sebabnya 7 helaian lagi belum di design. Jadi design-design ni kami paparkan secara random. Design di atas ni wajah-wajah Nur Nasyrah.

Comel tak anak saya Nur Nasyrah ni? lawa macam mama dia …manis macam bapak dia!

Gambar ni pula adalah gambar sewaktu majlis aqiqah dan cukur jambul. Gambar-gambar yang di susun macam ni bila dah siap print jadi album baru nampak serinya.

Saja nak imbas kenangan selepas kelahiran Nur Nasyrah..saat di labour room takkan ku lupakan…seriau sampai sekarang…huhu

Ada 7 helaian lagi yang perlu disiapkan…nantikan kemunculannya nani…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>