«

»

Sep 12

Faizal & Suriani @ Segamat

3 bulan delay untuk update entry ni. Kesian betul. Hmmm… kerja kreatif memang macam ni. Kadang-kadang bila kekeringan idea hilang mood nak buat apa-apa. Album sebenarnya telah lama disiapkan dan telah dideliver pada client. Ditambah dengan laptop yang selalu bermasalah sejak akhir-akhir ini. Walaupun begitu kudrat laptop ni masih lagi perlu ditagih sementara sebarang keputusan drastik dibuat ke atasnya. Mana taknya dalam tangan sekarang masih ada empat album untuk disiapkan. Alhamdulillah, ini menunjukkan sokongan para pelanggan kepada kami untuk terus memberikan yang terbaik buat anda.

Berbalik kepada tajuk entri pada kali ini, majlis faizal dan pasangannya telah berlangsung di Kampung Genuang Baru Segamat. Ya, kampung saya..tapi Rizal yang turun untuk cover majlis ni kerana hari sebelumnya dia shoot majlis kapten Fazli di Simpang Renggam. Faizal ni sebenarnya kawan saya sejak sekolah tadika lagi dan kini beliau berkhidmat di Salah sebuah cawangan Pos di Ibu Negara. Sedikit gambar yang boleh dikongsikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>