«

»

Sep 17

Hari Raya 2010

Dah lama saya tak update laman Saifudin Photography. Pastinya pengunjung sebelum ini dapat melihat suatu perubahan drastik telah dilakukan terhadap laman ini. Saya telah membuat keputusan untuk sacrifice rupa bentuk laman yang lama (walaupun dah lawa dan penat membuatnya). Saya memutuskan untuk menjadikan laman web ini bukan semata-mata menawarkan perkhidmatan fotografi untuk majlis perkahwinan tetapi menjadikannya sebagai photoblog dan tempat untuk saya berkongsi dengan para pengunjung photolog ini. Design baru, misi pun baru. InsyaAllah laman web ini akan kelihatan lebih santau santai dan saya berusaha menjadikannya “user friendly”.

Gambar bersama isteri tercinta Norain Fariza & baby dalam perut 😉

Bersempena aidil fitri, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat menyambut hari raya aidil fitri kepada semua pelanggan dan bakal pelanggan saya (anda la…siapa lagi?) Mudah-mudahan perayaah tahun ini meriah. Kepada yang bakal melangsungkan majlis kenduri kendara janganlah lupa jemput Saifudin Photography… saya amat berbesar hati menjadi juru foto majlis anda.

Baik, raya tahun ni adalah sesuatu yang baru kerana tahun ini beraya sebagai suami dan menantu..namun begitu kamera memang tak ditinggal. kemana-mana saja di bawa. Saya paparkan di sini beberapa shot menarik yang boleh dikongsikan (banyak lagi sebenarnya).

Sayangnya kat menantu mak ni….

Gambar ni memang akan jadi nostalgia satu hari nanti…kali pertama dapat tengok si adik (bapak saya) butangkan baju abang dia. Sejak bila baik ni?hehe ;-}

Sempat singgah di rumah kawan isteri saya.

Sayang anak Bapak!..kuat makan nashik ni!

Aksi terlarang adik ipar saya. Sila jangan tiru dirumah =)

Lastly..kunjungan anak beranak pakcik saya..alhamdulillah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>