«

»

Nov 10

Khatijah & Nizam @ Genuang Baru, Segamat

Khatijah merupakan jiran saya di Kampung Genuang Baru, Segamat, Johor. Beliau telah membuat tempahan kira-kira 2 atau 3 bulan sebelum majlis dan sanggup datang bertemu saya di rumah mentua saya di Gemas (waktu malam pulak tu). Bila dah jiran ni off course ada special discount dan free gift istimewa. Buat pertama kalinya saya menggunakan kedua-dua kamera dalam satu masa. Kiranya ini merupakan perasmian kamera baru untuk wedding. Kamera baru jenama Canon saya gunakan untuk merakam majlis akad nikah sementara kamera Nikon untuk still photo. Yang bestnya dapat rakam pengantin perempuan menitiskan air mata dan rakaman sangat jelas walaupun saya tidak menggunakan full HD.

Saya gunakan crop format kerana saya hanya menggunakan SD card class 4 saja (standard) dan untuk merakam full HD dalam jangkamasa yang lama memerlukan penggunaan SD card berkelajuan tinggi seperti SD card dengan class 10. Lagi pun ini adalah free gift saya kepada pengantin.

Majlis akad nikah telah dilangsungkan selepas solat jumaat (sekitar pukul 3) dan kemudian pengantin di bawa untuk sesi outtdoor. Tak jauh pun. Bawah pokok getah sebelah rumah je. Tapi hasilnya agak mengujakan juga. Disebelah malam pula diadakan malam berinai. Dapatlah shoot beberapa keping gambar.

Keesokkan harinya pangantin mula berarak sekitar jam 2.00 petang dan majlis berterusan sehingga jam 5.00 petang. Emak saya sempat mengarahkan agar saya mengambil gambar kumpulan pakat wanita yang berbaju sedondon warna biru. Selesai majlis saya balik rumah dan terus berkemas. Lepas mandi dan bersiap-siap saya salam orang tua dan adik-adik kemudian terus bertolak pulang ke rumah saya di Cheras. Memang penat..ada cerita sambungan lagi.. kerana esoknya adik saya konvo pula…nantikan entry seterusnya..

1 ping

  1. Konvokesyen Muhammad Isa @ UiTM Shah Alam | Saifudin Photography

    […] Contact & Booking « Khatijah & Nizam @ Genuang Baru, Segamat […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>