«

»

Nov 28

Konvokesyen Farah Shahidah binti Zaaba

Malam semalam sewaktu sedang memandu menuju ke serdang saya telah dihubungi oleh officemate saya Shahrin. Nak minta saya ambil gambar untuk adik iparnya yang konvo pada hari ini. Saya pun setuju saja. Kata orang rezeki jangan di tolak.. bala jangan di cari…Selepas bersarapan saya dan isteri pun menuju ke UiTM Shah Alam. Ini kali kedua saya ke sana. Kali pertama tahun lepas semasa adik perempuan saya konvo. Jumpa saja suspek (Farah) saya pun terus saja shoot gambar…dalam pada orang bersesak-sesak saya berjaya melarikan suspek dan ibu bapanya untuk shoot di bahagian galeri UiTM. Memang menariklah dalam galeri tu. Macam-macam info ada. Berita, sejarah dan gambar-gambar lama. Paling best news yang di baca pasal artikel Tan sri Khalid MB selangor.. Semua kutukan kepada MB Selangor ada terpampang dalam galeri tu. Baiklah, sedikit gambar yang boleh dikongsikan.

Gambar background ni adalah gambar asli yang ditangkap dengan kamera. Bukan saya design. Saya cuma meletakkan gambar farah dan tulisan nama di bawah sahaja. Background ni boleh ditemui dalam galeri. Gambar di bawah ni pun backgroundnnya original. Anda boleh temuinya di dinding.

Lagi background gambar yang cantik. Gambar-gambar chanselor UiTM. Yang Di Pertuan Agong pun ada.

Gambar di luar dewan bersama seluruh ahli keluarga.

Sekian saja report untuk hari ni 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>