«

»

Sep 20

Lake Valley Bandar Tun Hussein Onn

Mungkin ramai yang tak tahu kat Bandar Tun Hussein Onn (BTHO) Cheras ada sebuah tasik buatan yang baru. Kalau tengah hari memang panas terik sebab pokok-pokok masih belum besar dan pembinaan sekitarnya masih rancak berjalan. Beberapa bulan yang lepas kami telah menyedari kewujudan tasik berkenaan tetapi belum ada kesempatan nak berkunjung ke sana. Petang semalam kami cubalah menjengah ke tasik tersebut. Alangkah terkejutnya kerana sekitar tasik berkenaan dipenuhi orang ramai. Ramai yang bermain layang-layang dan banyak yang membawa anak-anak untuk memberi makan ikan yang banyak dalam tasik. Sempat juga saya shoot beberapa keping gambar.

Isteri yang berhajat sangat nak ke lake valley

Banyak betul ikan..berebut-rebut makan

Rasa nak sauk je ikan ni...anak ikan tilapia terlalu banyak..ada juga ikan kap jepun dan juga tongsan yang sempat saya lihat

InsyaAllah kami akan berkunjung lagi ke Lake Valley BTHO weekend ni. Kepada sesiapa yang nak kenal-kenal dengan saya bolehlah jumpa saya di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>