«

»

Jan 12

Majlis penyerahan sijil Badal Haji

Saya telah ditugaskan untuk mengambil gambar majlis ringkas penyerahan sijil badal haji dan juga cenderamata daripada syarikat Tabung Haji Travel Sdn Bhd kepada waris Allahyarham Syaikh Mohd Faiz yang telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya pada aidil fitri yang lalu. Allahyarham merupakan pencarum skim takaful Hong Leong Tokio Marine Takaful. Beberapa keping gambar ingin saya kongsikan. Mereka ialah wakil dari Tabung Haji Travel yang terdiri daripada CEO, GM Sale dan pegawai undang-undangnya. Hong Leong Tokio Marine pula terdiri daripada CEO, AGM Family Agency dan staf-stafnya. Sementara wakil waris yang hadir ialah bapanya iaitu seorang pegawai yang berkhidmat di Bank Muamalat.

Sekian saja laporan Saifudin photography. Kepada anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan kami, jangan segan-segan untuk menghubungi kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>