«

»

Aug 30

Marlina@UKM

Selamat berpuasa saya ucapkan kepada semua pengunjung blog Saifudin Photography. Saya harap anda berpuasa penuh tahun ini. 🙂 sudah agak lama juga saya tidak update blog ini dek kerana sibuk dengan tugas-tugas lain. Keletihan berpuasa ya jugak..lepas berbuka mula lah mata jadi mengantuk. Terus hilang mood nak online. Apa pun seminggu sebelum berpuasa saya telah di “hire” oleh beberapa orang graduan untuk mengambil gambar mereka ketika majlis konvokesyen masing-masing. Dua orang daripada mereka telah saya ceritakan dalam post yang terdahulu. Hmm..ada lagi seorang iaitu Marlina, iaitu seorang graduan sarjana dari UKM. Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kerana “hire” saya 🙂 . Pengalaman mengambil gambar di UKM sangat saya hargai dan saya rasa hasil kerja terbaik! telah saya hasilkan bagi Marlina berbanding client-client yang lain. Ini kerana semua gambar menjadi dan lawa. Dengan landskap UKM yang dipenuhi bunga dan kemanjaan anak-anak Marlina menjadikan suasana konvokesyen menjadi hidup. Beberapa gambar yang boleh dikongsikan seperti berikut:

Masa saya konvo dulu tak sempat pun nak baling-baling topi macam ni. lagi pun tak hire mana-mana photographer. Mesti saat seperti ini akan sentiasa di kenang.

Di bawah pula adalah gambar yang telah diedit dengan special BW.

Kepada anda yang bakal konvo, jangan lupa call saya untuk mendapatkan perkhidmatan fotografi dari Saifudin Photography=)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>