Majlis sudah lebih setengah tahun berlalu dan baru kini kami sempat untuk update mengenainya. Majlis pernikahan dan persandingan Noorazizah dan Mohd Shazreen telah berlangsung pada 22 dan 23 Jun 2013. Ingatkah anda pada tarikh ini Malaysia sedang dilanda jerebu yang teruk? Majlis yang berlangsung di Simpang Ampat Tampin ini telah dilangsungkan dalam keadaan berjerebu. Majlis ini telah dihadiri oleh senior photographer kami iaitu Rizal Mohd. Hasil gambar yang saya terima hampir separuh daripadanya terkesan dengan warna kelabu asap yang sangat jelas. Alhamdulillah dengan menggunakan fungsi auto level sahaja sudah memadai untuk mengurangkan jerebu dalam gambar-gambar yang diambil. Berikut adalah sebahagian gambar yang boleh kami kongsikan.
Jika berminat dengan perkhidmatan kami, jangan segan-segan hubungi 0177149632 untuk respon yang pantas 🙂
Komen terbaru