«

»

Mar 14

Normawati @ Kg Paya Lebar Segamat

Barakallahulakuma wabaroka alaikuma fi khair, Alhamdulillah, Majlis pernikahan dan persandingan pasangan Normawati & Rahimi telah selamat berlangsung pada 11 & 12 Mac 2011.

Saifudin Photography telah pun dipertanggung jawabkan untuk menjadi wedding photographer mereka. Terima kasih juga kepada team member saya iaitu Nurkhalis yang bersama-sama saya di Majlis ini.

Ini adalah pengalaman pertama saya menjadi OP bagi majlis di Segamat. Sungguh tak disangka majlis ini turut dihadiri keluarga Pakcik saya dan juga jiran sebelah rumah. Rupanya mereka ini bersaudara. Majlis kali ini memang sangat-sangat mencabar kerana terlalu sukar mendapatkan moment gembira di raut wajah kedua-dua mempelai. Mungkin kerana kedua-duanya keletihan dan malu-malu menyebabkan mereka tak boleh senyum. Saya telah mencuba yang terbaik untuk mendapatkan shot-shot yang menarik.

Cuaca juga memberikan kesan dalam proses pengambaran. Sewaktu majlis pernikahan, hujan lebat turun tak henti-henti dan keadaan surau lama yang poor lighting menjadikan proses mengambil gambar sangat sukar. Bila dalam keadaan macam ni banyaklah gambar yang terpaksa di delete kerana over expose. Under expose pun boleh tahan banyak juga. Nasib baik masih ada gambar yang elok. Majlis kemudiannya beralih ke majlis makan-makan di rumah pengantin. Sempat shoot beberapa keping gambar yang menarik sehinggalah hampir jam 7 malam.

Bila nak balik, kakak pengantin cakap ada sesi tukar-tukar baju…oh tidak..saya minta maaf. Saya harus pulang. Saya hanya ambil gambar untuk pernikahan sebelah siang saja. DI sini berlaku salah faham nampaknya. Jika hari masih siang saya sudi mempertimbangkannya. Maklum saja saya sudah keletihan kerana memandu dari KL dan perlu mencari barang keperluan anak malam tu. Saya dimaklumkan sesi tukar-tukar baju tersebut berlangsung sehingga jam 9.00 malam. Sememangnya saya telah menyatakan bahawa sesi bergambar adalah half day sahaja (Siang).

Malam tu cukup meletihkan, lepas menjenguk anak di rumah kakak ipar, saya pulang ke rumah ibu bapa saya. Sempat edit-edit gambar sedikit dan terus saja tertidur tanpa sempat mematikan laptop. Esok pagi, saya dan nurkhalis meneruskan kerja sekitar jam 11 pagi. Bermula dengan majlis khatam al-Quran, bersolek sehinggalah majlis persandingan. Alhamdulillah, berjalan dengan baik. Gambar-gambar yang dihasilkan juga menepati kehendak kami dan mengikut style kami.

Bagi job ini saya telah memberikan pakej yang super istimewa kepada pasangan ini. Mereka bakal menerima custom album dan sticky album yang mengandungi 80 keping gambar dengan harga yang sangat murah. Termasuk juga beberapa item lain.

Hari ni masuk office, memang saya demam…tak larat sebab sakit-sakit sendi dan penat…Banyak pulak saya berceloteh kali ni ye.. apa yang saya harapkan, saya dapat deliver hasil kerja yang terbaik 3 minggu lagi..

1 ping

  1. Noraisah & Salihin @ Kg Paya Lebar, Segamat | Saifudin Photography

    […] di KWSP Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan kakak kepada client pertama saya di Segamat iaitu Normawati atau Anum. Di situlah pertama kali Saifudin Photography menapak di Segamat. Alhamdulillah, ini kali kedua […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>