«

»

Oct 02

Nuratiqah & Ahmad As-Shalabi @ Presint 16 Putrajaya

Bismillahirrahmanirrahim

Kali terakhir blog ini diupdate pada 11 Februari 2014. Kami mohon maaf kerana mengabaikan blog ini selama kira-kira 7 bulan. Memang agak melampau tempoh masa itu. Mesti ramai tertanya-tanya mana pergi admin atau masih wujud ke perkhidmatan fotografi Saifudin Photography ni? Apa yang saya boleh katakan ialah saya bersyukur Alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan kepada kami. Tahun 2014 sebenarnya tahun yang sangat berhasil buat kami. Jumlah job kami naik mendadak hampir sekali ganda dari tahun lepas. Disebabkan itu juga fokus kami sedikit lari dan lebih banyak tertumpu kepada kerja-kerja penghasilan dan menyiapkan album pelanggan yang menimbun banyaknya. Alhamdulillah semakin ramai yang percayakan kami. Di antar perkara lain yang amat signifikan kepada kami tahun ini ialah kami sudah menawarkan perkhidmatan videografi perkahwinan. Kami meletakkan perkhidmatan ini di bawah jenama lain. Alhamdulillah untuk 2014 sudah ada beberapa video untuk pelanggan yang kami hasilkan. Feedback yang kami terima amat memberangsangkan.

Ok, sequence untuk update selepas ini akan jadi tonggang langgang sikit ikut mood kami. Kalau kami berkelapangan kami akan update dengan gambar-gambar pengantin yang telah lepas. Entry kali ini kami nak update tentang majlis pernikahan dan kenduri Nuratiqah nordin dengan pasangannya Ahmad As-Shalabi yang telah berlangsung di Presint 16 Putrajaya. Majlis telah berlangsung di rumah pengantin perempuan dan majlis ini telah dihadiri oleh Saifudin dan Sham. Sesi outdoor pula telah kami jalankan di Taman Botani Putrajaya. Jom kita tengok sedikit gambar yang ada.

custom-album

pernikahan-putrajaya

wedding-custom-album

best-putrajaya-wedding-photographer

sweet-momentcrystal-custom-album

 

Kepada yang berminat dengan servis kami hubungi kami segera di talian 0177149632

Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>