«

»

Sep 12

Nurul Fazlin & Osman Safian @ Pullman Putrajaya Lakeside

Majlis Nurul Fazlin Abd Rahman telah berlangsung dengan meriahnya. Bertempat di present 11 Putrajaya, Majlis akad nikah telah dilangsungkan dikediaman ibu beliau. Beliau dinikahkan oleh walinya iaitu abangnya sendiri. Disebabkan fazlin ini saudara saya maka ramailah ibu-ibu dan bapa saudara serta lain-lain yang dikenali. Maka majlis pun jadi meriah. Pengantin juga tidak kekok untuk begambar dan memudahkan kerja kami. Majlis akad nikah selesai sekitar jam 11.30 pagi dan saya pulang ke rumah untuk bersiap-siap menunaikan solat jumaat.

Majlis resepsi telah diadakan pada malam berkenaan. Bertempat di Pullman Putrajaya Lakeside, majlis resepsi ini dilangsungkan dengan begitu “grand” sekali. Bila sebut Pullman, bukan calang-calang orang boleh buat majlis di sini. Malam tersebut saya berganding bahu dengan Rizal. Nasib baik ada lense 70-200 maka memudahkan kerja kami untuk shoot dalam keadaan low light.
Paling mencabar adalah ketika sesi outdoor. Betul-betul buat tengah malam. Sesi bergambar pun akhirnya selesai sekitar jam 12.30 pagi dan saya tiba di rumah jam 1.30 pagi… memang betul-betul penat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>