«

»

Jul 23

Pengantin 4@Felda Sri Ledang, Tangkak

Alhamdulillah pada 1 & 2 Jun lepas kami telah pun diberi tanggung jawab untuk shoot 2 pasang pengantin adik beradik iaitu Rozieyanti & Roziyani beserta pasangan masing-masing. Ini adalah kali pertama saya sendiri shoot 2 pasang pengantin sekali gus. Sebelum ini Rizal Mohd pernah juga shoot sendirian 2 pasang pengantin di Felda Keratong tahun lepas. Kali ini Rizal tidak ada tetapi tempatnya digantikan dengan seorang Junior photographer bernama Qayum dan juga anak saudara saya bernama Faten Azureen yang berumur 17 tahun. Beliau begitu meminati fotografi dan kebetulan saya ada 2 buah kamera jadi saya bagi dia pakai sebuah. Dalam majlis ini juga saya bertemu bakal client saya yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada bulan 12. Beliau merupakan rakan kepada pengantin dan Rozieyanti lah yang memperkenalkan saya kepada beliau. Terima kasih Rozieyanti! 😀

Task ini sememangnya memenatkan kerana cuaca yang sangat panas. Walaubagaimana pun kami semua happy kerana layanan yang begitu baik daripada pihak keluarga. Disebelah petang pengantin request untuk shoot outdoor di Gunung Ledang. Ingatkan lokasi biasa di air terjun gunung ledang rupa-rupanya kami di bawa ke lokasi yang tidak pernah kami sampai iaitu sebuah resort yang penuh dengan batu-batu besar dan ada taman di dalamnya. Ia menjadi tempat untuk para pendaki memulakan pendakian. Tempat ni memang best sangat-sangat. Recommended tapi RM5 per head :-D.

Ok, Share sikit gambar-gambar yang ada. Ni gambar Rozieyanti & Suaminya Rafiee yang datang dari Sarawak

Ni gambar adik Rozieyanti iaitu Roziyani dan suaminya Syaiful Azwan yang datang dari Terengganu. Letak gambar design custom jelah sebab panjang sangat pulak entri ni nanti 😀

Kepada kedua-dua pasangan. Kami di Saifudin Photography mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Semoga berpuas hati dengan album yang bakal di deliver hujung minggu ini.

Suka dengan hasil kerja kami? berminat nak hire kami? hubungi kami segera di 017-7149632 kerana slot adalah terhad

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>