Polisi

Shariah compliant policy / Polisi pematuhan syariah

Adalah penting kita sebagai seorang muslim dari sudut individu untuk melaksanakan segala yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah swt berdasarkan dalil-dalil yang jelas. Selain itu, kita turut diseru untuk melaksanakan segala yang digalakkan dan meninggalkan semua perkara yang sia-sia. Semua ini terkandung dalam hukum “Wajib, Haram, Sunat, Makruh dan haram”. Selain daripada empat ini maka hukumnya “harus”.

Bidang wedding photography kini sudah menjadi trend malah menjadi suatu perniagaan yang menjadi industri. Ianya sukar untuk dielakkan kerana permintaan yang sentiasa wujud. Justeru, kami menceburkan diri dalam bidang ini dan menukar hala tujuan perniagaan ini bagi memastikan ianya bertepatan dengan kehendak syariah. Kami tidak akan menyebut tentang hukum hakam fotografi tetapi bagi kami, perlulah ada polisi yang membimbing dan menjadi parameter bagi pekerjaan dan perniagaan kami kerana at the end of the day kita hanya mampu mengharapkan keredhaan daripada Allah swt. Kami berharap tindakan kami ini akan dicontohi dan diikuti oleh photographer lain di luar sana agar mereka juga mendapat barakah daripada perubahan yang dilakukan. InsyaAllah.

Justeru, kami telah menetapkan peraturan dan kriteria berikut:

  1. Subject matter gambar iaitu pasangan pengantin mestilah mengenakan pakaian atau busana yang menutup aurat. Tidak kira apa jenis pakaian selagi menutup aurat kami akan terima.
  2. Kami tidak menawarkan pre-wedding tetapi hanya menawarkan post-wedding dengan mengenakan syarat seperti di atas.
  3. Kami tidak akan shoot gambar sedang bersiap dan bersolek kecuali pengantin telah mengenakan pakaian yang lengkap menutup aurat.
  4. Tiada aksi berahi seperti adegan cium mulut.
  5. Pelanggan perlu menandatangani deklarasi yang membebaskan kami daripada bertanggungjawab terhadap ketidakpatuhan syariah. Ianya akan available online insyaAllah.
  6. Bagi gambar keluarga atau rakan-rakan, memang agak sukar mengelakkan diri daripada mengambil gambar mereka yang tidak menutup aurat, maka kami akan meminimumkan gambar yang di shoot dan meminimumkan gambar yang dicetak. Walaupun begitu ia tidak akan menjejaskan bilangan gambar yang dicetak.
  7. Bagi tempahan album sahaja juga akan mengambil kira semua perkara di atas.
  8. Harga, kaedah pembayaran dan penyerahan perlu dinyatakan dengan jelas di laman blog.
  9. Hanya gambar yang sopan akan diupload ke media social seperti facebook dan blog bagi tujuan promosi dan tatapan umum.
  10. Sebarang transaksi akan direkodkan.
  11. Sebarang percanggahan atau disputes dengan pelanggan akan diselesaikan secara baik tanpa merugikan mana-mana pihak. InsyaAllah.

Kami tidak menyatakan perkhidmatan kami 100% bertepatan dengan syariah kerana nature industri ini terdedah kepada perkara-perkara syubhah disebabkan faktor luaran iaitu bukan disebabkan pekerjaan kami sendiri. Pendekatan kami adalah bersifat “taqarrub” atau seboleh-bolehnya paling hampir bertepatan dengan kehendak syariah. InsyaAllah, dengan cara ini pekerjaan kami, pendapatan kami dan pasangan pengantin serta keluarga akan diberkati oleh Allah SWT.

1 comment

  1. Syahran Razi Jusoh

    Assalamualaikum,

    Saya memang sedang mencari jurugambar yang menginginkan patuh syariah. Macam mana ye boleh saya hubungi tuan. Ada contact no tak?

    Yang benar
    Syahran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>