«

»

May 08

Preview design custom album zalina

Saya sekarang ni tengah bertungkus lumus menyiapkan album pasangan zalina & adi..mencabar betul untuk menyiapkan 11 helaian yang perlu disiapkan. Mana taknya minggu ni Nur Nasyrah asyik meragam tengah malam. Jam 2-3 pagi baru dapat tidur. Takde masa pun untuk mencari idea dan membuat kerja. Siang pula bekerja. Minggu lepas pula macam-macam hal nak kena seatle. Tapi alhamdulillah bila masa singkat ni bila ada masa terluang kita boleh speed up. Masa singkat kurang kualiti???…tidak..saya jamin kualiti design adalah yang terbaik. Kecantikan adalah sesuatu yang subjektif..kadangkala idea yang hebat datang dalam jangkamasa singkat. Ok, ni just preview 4 helai yang dah dibuat..sebenarnya jika ada idea saya boleh siapkan dalam sehari je!..gambar-gambar ni copyright by Saifudin Photography. Dilarang tiru atau download untuk tujuan komersial. Saya malas nak letak watermark 😛

Design yang lain-lain saya tak nak disclose sebab biarlah ianya ekslusif kepada client. Kepada yang berhajat sila hubungi kami 😀

Oh ye..selepas ni saya harus siapkan design untuk Siti Zuraidah pula.. 😀

1 ping

  1. Liza & Zainudin @ Labis, Segamat | Saifudin Photography

    […] Pada 10 dan 11 Mac yang lalu kami telah pun di hire menjadi official photographer untuk majlis perkahwinan Liza dan zainudin. Majlis bertempat di Taman Mewah, Labis, Segamat Johor. Coverage yang diberikan adalah untuk majlis pertunangan, akad nikah, outdoor, malam berinai, berzanji, bersanding dan potong kek. Walaupun sangat meletihkan tetapi kami berasa gembira penat lelah kami di balas dengan senyuman dan layanan keluarga pengantin. Kebetulan tak jauh dari surau, ia memudahkan kami untuk berehat, solat dan mandi. Sebenarnya ini kali kedua zainudin memanggil kami. Tahun lepas kami cover untuk majlis perkahwinan kakak beliau. Sila klik di sini untuk melihat post kami mengenai kakak belia di sini http://photography.saifdesign.com/zalinafelda-redong-segamat/ dan update mengenai design Custom album di sini http://photography.saifdesign.com/preview-design-custom-album-zalina/ […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>