«

»

Nov 06

Siti Fatimah & Azwan @ Kampung Genuang Baru, Segamat

Kali ni pasal adik sendiri pula. Memang best sebab kenduri kahwin di rumah sendiri di kampung. Saya memang tak involve sangat dalam hal-hal persiapan sebab tinggal di Kuala Lumpur dan hanya pulang bercuti di saat akhir iaitu sehari sebelum majlis. Well done adik-adikku. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik dan lancar. Ramai sangat yang hadir meraikan majlis ini. Tema majlis adalah warna merah dan kami sekeluarga pakai baju merah. Memang sangat menyerlah. Kepada saudara mara dan sahabat handai, kami ucapkan ribuan terima kasih. Adik ipar saya Azwan cute orangnya. Dua-dua sama cute dan comel.Majlis akad nikah dilangsungkan pada petang jumaat dan majlis sanding pada hari sabtu. Sesi outdoor sempat dibuat selepas akad nikah di stesen keretapi Genuang dan di tepi sungai Segamat. Waktu ni cuaca panas terik. Memang terseksa dek kepanasan. Sesi outdoor kedua pula dilakukan selepas selesai majlis bersanding. Kali ni di Taman Rekreasi Sungai Kapih Segamat. Saya rasa tempat ni memang terbaik untuk outdoor berbanding Taman Batu Hampar.

DSC_0879 copy

DSC_0815 copy

 

DSC_0824 copy

DSC_0829 copy

DSC_0837 copy

 

DSC_0874 copy

 

DSC_0863 copy

Ramai orang tidak tahu kewujudan taman rekreasi sungai kapih kerana kedudukannya yang agak tersebunyi di sebalik taman-taman perumahan. In fact, setelah beberapa tahun, hanya tahun ni saya baru jumpa tempat ni. Dulu tak pernah ambil kesah kerana bila nak outdoor saya akan bawa pengantin ke taman batu hampar (Rosk Garden) Segamat. Apa yang menarik di sana? Ya di sana ada satu tasik yang agak besar juga dan ada beberapa jeti yang boleh dijadikan tempat bergambar. Ada juga jambatan besi yang merentangi tasik tersebut. Ada pokok-pokok buluh, tempat duduk, batu-batu besar dan kawasan riadah. Ada juga pokok-pokok besar. Pada post akan datang saya akan tunjukkan gambar di pokok besar tersebut.

Sesi outdoor di taman rekreasi ni agak kelam kabut sebab hujan sudah mula turun dan rintik-rintik hujan dapat dilihat jelas dalam gambar. Berbekalkan dua buah kamera dan lense 70-200 saya pun cepat-cepat ambil gambar. Alhamdulillah akhirnya selesai juga. Memang penat. Tak lupa juga nak mention di sini sesi outdoor ni ditemani oleh dua orang rakan iaitu sabri dan sollehan hafiz. Mereka turut mengambil gambar dengan kamera masing-masing. Korang memang best! Ok. cukuplah celoteh kali ini. Jom kita tengok gambar-gambar yang ada. Gambar-gambar di bawah adalah tanpa editing. Jika ada hanya terlalu sedikit dan letakkan watermark saja.

 

DSC_1163

DSC_1158

DSC_1222

 

Berminat dengan hasil kerja kami? jangan segan-segan contact kami ya 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>