Tips

Saya tergerak hati untuk menulis berkaitan tips-tips majlis perkahwinan selepas mendapat banyak pengalaman dalam mengendalikan sesi fotografi bagi majlis-majlis perkahwinan. Ianya adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan mudah-mudahan coretan ringkas ini memberi manfaat buat para pembaca sama ada bakal pengantin, ibu bapa pengantin, adik beradik pengantin dan juga photographer lain.

Tips 1– Anda telah hire seorang photographer dengan harapan untuk mendapatkan hasil gambar yang terbaik. Jadi berikanlah kepercayaan kepada photographer menjalankan tugasnya. Official photographer  (OP)pastinya tahu apa kerja mereka. Janganlah sesekali mengarahkan rakan-rakan anda untuk “mengajar” photographer tentang bagaimana nak ambil gambar. Tidak dinafikan idea-idea rakan anda mungkin bernas tetapi jika terlalu banyak director dalam sesi fotografi akan menyebabkan segala perancangan OP dan ideanya terbantut. Selain dari itu mungkin OP akan berasa kecil hati. Saya sendiri pernah mengalami situasi ini. Saya jadi buntu dan jadi macam kuli saja apabila terpaksa mendengar cakap orang lain. Anda harus faham, ini merupakan karya photographer dan dialah yang mengawal butang-butang di kamera. Sesi outdoor misalnya memerlukan kesabaran dan ketelitian dalam menentukan setting kamera. Bayangkanlah sesi tersebut dilakukan dengan tergesa-gesa kerana banyak sangat director dengan pelbagai idea. Ini akan menjejaskan hasil gambar!

Tips 2– Komunikasi dengan photographer adalah sangat penting terutama dari sudut atur cara majlis. Anda perlu jelaskan waktu secara spesifik anda nikah, bersanding dan sebagainya. Ini akan memudahkan OP merancang perjalanan terutamanya jika jauh dan bertembung dengan apa-apa perayaan atau sambutan. Adakalanya jalan sesak ataupun ditutup dan OP terpaksa mengikuti jalan alternative yang jauh. Selesai akad nikah sila jelaskan pada OP bila waktu persandingan. Ini akan membolehkan OP berehat, menyegarkan diri, solat dan sebagainya sebelum menyambung majlis. Nasib baik kebanyakan task saya berada dalam musafir dan dapat melakukan solat jamak. Akibat missed communication juga menyebabkan saya tertunggu-tunggu sehingga terlena sedangkan waktu senggang yang ada boleh saya gunakan untuk menyegarkan diri dan bersolat.

Tips 3– Layanlah OP anda sepertimana anda melayan tetamu lain juga. Walaupun anda membayar OP untuk bekerja untuk anda, OP masih seorang tetamu di rumah anda yang perlu dihormati. Kadang-kadang OP malu untuk meminta. Apalah salahnya jika anda atau ahli keluarga anda menjemput OP makan atau menyediakan air. Jika boleh sediakan tempat solat bagi OP. Saya pernah bertanya arah bilik air kepada salah seorang ahli keluarga pengantin tapi diberi jawapan yang kurang enak di dengar.

Tips 4– Jangan tergesa-gesa. Anda perlu merancang majlis anda dan jangan tergesa-gesa kejar waktu. Anda pasti tidak mampu memenuhi semua keinginan anda dalam satu masa. Selesai makan berdamai, biarlah ahli keluarga pengantin lelaki balik. Hantar mereka sampai kereta. Janganlah memaksa mereka tunggu lebih lama dan anda tergesa-gesa salin baju untuk potong kek.

Tips 5– Pastikan semua pihak yang terlibat tahu aturcara dan menepati masa. Ini bagi mengelakkan pihak-pihak lain terpaksa menunggu. Biasanya yang lewat adalah pengantin lelaki. Anda perlu tahu adat disesuatu tempat atau negeri. Jangan samakan macam ditempat anda. Kadangkala majlis persandingan dilangsungkan seawal jam 11 pagi.

Tips 6– Membina pelamin di tempat yang sesuai. Maksud sesuai adalah ditempat yang orang boleh duduk dan photographer boleh menjalankan tugasnya dengan mudah. Pelamin mestilah menghadap ruang kosong yang memanjang dan bukannya berada di tepi dinding rumah yang orang lalu lalang di depannya.

Tips 7– Pastikan majlis anda diberkati dengan bacaan doa selamat dan doa makan. Jangan main suap je. Saya sendiri sudah beberapa kali secara sukarela membacakan doa selamat dan doa makan kerana tiada orang yang nak bacakan doa.

Tips 8– Jagalah imej anda sebagai raja sehari. Kalau boleh tahanlah diri daripada merokok selepas akad nikah dan makan berdamai (ni nasihat kepada pengantin lelaki). Lepas-lepas majlis nak hisap 5 batang rokok sekaligus pun terpulanglah.

Tips 9– Bantu OP anda menentukan lokasi outdoor. OP mungkin orang luar yang tidak familiar dengan kawasan berkenaan.

Tips 10– Di akhir sesi bergambar, selain memberikan upah, ucapkanlah terima kasih dan berilah cenderamta jika ada. Dapat bunga telur pun jadilah. Walaupun tak dimakan telur tu atleast ia mewujudkan jalinan silaturrahim antara keluarga pengantin dan OP. Saya pernah tak dapat apa-apa malah tidak ditegur pun oleh ahli keluarga pengantin.

Tips-tips yang diberikan tidaklah memberikan gambaran bahawa Saifudin Photography adalah OP yang demand macam-macam. Ia tidak lebih hanyalah sebagai satu nasihat berdasarkan pengalaman dan ia akan membantu melancarkan majlis selain mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

2 comments

  1. niza

    salam,boleh jelas kn apa maksud custom album ngan sticky album tuk wedding.

  2. hasifzul

    boleh tak saya copy paste post ni? untuk dibaca oleh pelanggan saya juga?
    inshaaAllah sy creditkan pada blog ini juga.. terima kasih.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>