«

»

Sep 25

Trip ke Kuantan

Selepas saja bernikah pada bulan februari, saya dan isteri sering diajak oleh kakak ipar untuk pergi ke rumahnya di Kuantan. Baru minggu ini kami mempunyai ruang dan kesempatan ke sana. Kami memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur jam 8.30 pagi dan tiba di kuantan sekitar jam 12.00 tengah hari. Saya tak sangka pula cuaca di Kuantan ni panas. Memang panas kerana berhampiran laut. Sampai saja di sana, kakak ipar saya iaitu Khalijah yang kami panggil kak cik telah pun menyediakan makanan tengah hari. Sedap betul masak lemak asam tempoyak ikan patin!.. saya yang tak berapa gemar masakan dengan tempoyak balun je sebab sedap. 🙂

Di rumah Kak Cik ni yang menariknya Nurkhaira… ni dia budaknya..comel sangat 🙂

Nur Haira

Malam tu kami di bawa berjalan ke Teluk Cempedak. Sebelum tu kami jemput Abang Cik di Masjid Negeri. Syarikat beliau ED Caterer adalah penyedia makanan bagi kursus haji yang sedang berlangsung di Masjid Negeri, Kuantan.

Angle tak berapa menarik kerana ambil dari jauh

Abang cik pun bawa kami ke Teluk Cempedak… ramai betul orang yang berkunjung ke sana. Semakin lewat malam semakin ramai orang.

Gambar ahli keluarga Abang Cik

Semppat juga saya mengadakan aktiviti “skodeng”…Di sini orang tak segan silu buat maksiat secara terbuka. Harap pihak Majlis Agama Islam Pahang tegas dalam melakukan penguatkuasaan. Antara pasangan yang menjadi mangsa lensa saya.

Ramai lagi yang buat kerja tak senonoh

Kami meneruskan aktiviti malam dengan bergambar. Terima kasih kepada abang Cik yang sudi ambilkn gambar saya.

Saya, isteri, Huda & Haira

Terdapat juga pameran kereta.

Ahmad Syihan & Celica

2 fast 2 furious

Selain pelbagai jenis barang yang diniagakan di merata-rata tempat, terdapat juga perkhidmatan live sketch..antara hasil pelukis yang menarik minat saya:

MB Kelantan

Lastly, sebagai penutup bahagian pertama adalah gambar saya bersama isteri tercinta.

Sweet couple

Bersambung pada entri berikutnya….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>