«

»

Oct 16

Yusadilah & Shahriman @ Garden Homes, Bangi

Alhamdulillah, majlis pernikahan dan persandingan Yusadilah & Shahriman telah selamat kami cover pada 1 dan2  September yang lepas. Majlis telah berlangsung dengan sederhana dan islamic. Majlis telah diadakan di rumah kakak pengantin dan lokasi majlis merupakan taman perumahan baru di seksyen 15, Bangi. Shahriman merupakan rakan saya sejak di zaman tadika lagi. Beliau merupakan consultant engineer dan Yusadilah adalah doktor di Hospital Kajang.

Yusadilah kelihatan agak pemalu. Sepanjang majlis beliau hanya menundukkan wajahnya. Ini merupakan cabaran buat saya tetapi kadangkala orang yang macam ni bila dia mengangkat muka dan tersenyum pasti kita akan dapat rakam sesuatu yang berbeza. Beberapa keping gambar yang berjaya dirakam menunjukkan riak wajah yang agak berbeza dari kebiasaan. Inilah yang kita cari. Bukan mudah nak dapat moment begini.

Dinding rumah yang bersih dan putih, di bantu dengan pencahayaan yang baik membolehkan gambar dirakam dengan jelas. Di majlis persandingan, majlis turut diserikan dengan aksi anak saya yang agak nakal. Sempatlah juga shoot beberapa keping gambarnya menjadi ketua rombongan pengantin..hehe…

Ok,la.. berikut adalah koleksi gambar yang dapat dikongsikan kali ini. Jika anda berminat dengan perkhidmatan kami, jangan segan-segan untuk hubungi kami untuk berbincang. Terima kasih

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>