«

»

May 04

Zalina@Felda Redong Segamat

Selepas majlis di rumah Alina saya ke rumah Zalina pula…nama lebih kurang sama. Tema kali ni merah putih. Semalam biru putih. Zalina ni sebenarnya kakak kepada kawan saya masa sekolah menengah dulu. Namanya Zainuddin. Saya cukup happy ambil gambar pasangan zalina dan adi sebab mereka ni sporting sangat. Mudah tersenyum. Senang saya nak buat keje. Paling best saya rasa wajah zalina ni ada iras-iras Dr Harlina iaitu isteri Dato’ Sheikh Muzaffar..bukan senang nak jumpa client yang mukanya ala-ala selebriti sikit.

Selepas akad nikah

Berbekalkan lense kesayangan saya Nikkor 35mm 1.8, pelbagai pose dirakamkan. Hasilnya memang membuat saya teruja kerana tak perlu susah payah nak edit sebab gambar dah memang cantik.

Ketika di pelamin

Memang banyak pose2 menarik..share sikit je la ye..kalau nak gambar-gambar menarik, hirelah kami ye..

Bagi blur-blurr sikitlah..

lepas bersanding, ada pula tukar-tukar baju..empat pasang. Ada pakai sari, baju jawa, baju korea dan gaun…sesi outdoor pakai gaun…outdoor buat di dalam kebun getah yang dipenuhi nyamuk..padan muka pengantin..  memang gambo cun-cun belaka tapi saya tak boleh kongsikan di sini sebab melanggar polisi kami..hehe. Sekeping lagi yang boleh dikongsikan.

Sama cantik sama padan...ekk..

Special thanks tu Zainudin, Pasangan pengantin…pelakon-pelakon tambahan…tak lupa kepada anak mak anda shasha yang banyak membantu…bila pihak andam dan photographer saling bekerjasama memang hasilnya terbaek!!..Kepada yang ingin mendapatkan perkhidmatan kami, jangan segan-segan untuk emailkan kepada kami atau call terus 😀

1 ping

  1. Liza & Zainudin @ Labis, Segamat | Saifudin Photography

    […] perkahwinan kakak beliau. Sila klik di sini untuk melihat post kami mengenai kakak belia di sini http://photography.saifdesign.com/zalinafelda-redong-segamat/ dan update mengenai design Custom album di […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>