«

»

Feb 26

Zamzarina & Puyeng @ Kampung Gadong, Kota, Rembau

Ini Job kami pada bulan September 2017. Baru sempat nak update hari ini. Alhamdulillah majlis Zamzarina ni ada kenangan yang akan saya ingat sampai bila-bila. Kami sudah biasa membuat wedding photoshoot di Negeri Sembilan tetapi majlis Zamzarina ini unik kerana masyarakat di sini masih lagi mengamalkan adat-adat lama mereka. Kebanyakan customer kami sebelum ini agak sedikit moden dan adat setempat sudah bercampur dengan adat-adat dari luar. Umpamanya permainan kompang. Di Kampung Gadong ini mereka tak main kompang tetapi alat muzik mereka sendiri dengan gong dan sebagainya. Saya tak tahu nama alat-alat tersebut.

Kita sebagai photographer dah terbiasa bagi arahan pada pasangan pengantin ketika berarak. Rupanya arahan saya kali ini SALAH!. Lazimnya pengantin lelaki akan berarak datang dengan paluan kompang. Di sini pengantin perempuan diiringi alatan muzik akan pergi menjemput pengantin lelaki dan baru mereka berarak jalan bersama-sama. Oh ya… di sini takde tol-tol macam di johor.

Ketika bersanding, saya dapati keunikan yang lebih lagi. Biasa kalau di johor persembahan silat akan dipersembahkan. Berbeza di sini sambil diiringi muzik silat ting ting akan dipersembahkan. Tak tahu lah silat atau tarian yang sebenarnya. Sewaktu berarak juga waris pengantin lelaki dari Terengganu di minta untuk bawa batu yang diikat dengan kain. Saya tak tahu lah apa tujuannya. Sewaktu nikah pada malam sebelumnya juga batu ini ada di bawa. Saya tak mau komen lebih pasal benda tu.

Notice

Anda sedang mencari photographer untuk majlis anda? sila hubungi 0177149632 untuk maklumat lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>